CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 8, 2009

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam Comments

Lelaki...

Lelaki memang bukan makhluk yang romantik..Betul ke??anda setuju tak dgn apa yang saya cakapkan ni..Tp menurut ilmu fisiologi, struktur otak lelaki mempunyai alat sensor sensitiviti yang sedikit. Hal ini mempengaruhi tingkat kepekaan mereka terhadap segala yang berlaku di sekelilingnya dan adalah biasa kalau mereka tidak boleh seromantik perempuan..sebab itulah mereka susah sekali untuk difahami atau melakukan tindakan romantis, apalagi seperti yang kita inginkan..Emmm..bagi saya tak semua lelaki tu tak romantik.ada jugak yang romantik. Malah yang terlebih-lebih romantik pun ada. Sampai kita yang tengok pun naik rimas..lelaki romantik ni bagus sebenarnya..bukan lah nak cakap dia orang ni jiwang karat ke apa kan,cuma lelaki romantik ni secara tak langsung akan menyerlah kan sikap kasih sayang yang ada dalam diri mereka tu..bukan senang lelaki nak tunjuk dan pamerkan kasih sayang mereka kat khalayak ramai ni..Lelaki ni selalu dikaitkan dengan sikap kasar dan panas baran je kan.Tapi jangan lupa masih ramai lagi lelaki di luar sana yang baik dan romantik..Saya respect la pada lelaki yang romantik dan tak malu pamerkan sikap baik mereka ni..Buat wanita di luar sana, beruntunglah anda yang mendapat lelaki baik dan romantik..Sekian..

Monday, February 23, 2009

Coretan..

Emm...minggu ni cam busy skit lar...setiap hari full dgn task tertentu..dgn assignment nye..dgn presentation nye..tambah lagi midterm.Pastu kene hafal surah al-Quran dgn maknanye skali..Fuhh!!! berserabut dalam kepala otak nih..barcampur aduk dgn fakta2 kes Undang2 kontrak dan mcm2 lg...Ckup mencabar ketahanan diri mental dan fizikal..tapi nasib baikkekuatan dan ketahanan dalam diri ni masih kuat dan kental. Lebih2 lg kos yg saya amik ni kos yg agak mencabar. Patut lah byk kes yg kita dgr ramai law student sblum ni yg kantoi dan tak dpt teruskan pengajian mereka. Tapi satu perkara saya nak kongsi, saya seronok dan senang dgn keadaan mcm ni..maksud saya ini lah dunia saya sbgai pelajar pada masa ini..setiap hari sibuk dgn rutin2 begini..bagi saya klu sehari tak melalui aktiviti rutin ni, rasa mcm ada yang tak kene.. sejak saya amik kos ni byk benda yg saya pelajari..malah saya lebih sensitif dgn keadaan sekeliling dan juga dgn apa yg saya buat..alhamdulillah saya dikelilingi dgn rakan2 yg sgt menyenangkan..ok lah setakat ni dlu buat masa ni..kepada sesiapa yg memasuki blog saya ni, jemput la jd follower saya k...bye....

I'm A Muslim

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam Comments

Saturday, February 21, 2009

Boikot Israel

Tiada keraguan lagi keperluan untuk memboikot rejim Zionis Israel. Sesiapa yang gagal melakukan pemboikotan ini maka mereka secara jelas membantu negara Zionis Israel dan penindasan yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin melalui bantuan ekonomi kepada negara Israel dan seterusnya memboleh rejim pengganas ini meneruskan penjajahah mereka.
Sepanjang 4 tahun intifada, lebih 4100 orang Palestin terbunuh dan lebih 50000 lagi cedera tidak mengira sama ada mereka orang tua, wanita atau kanak-kanak.
Rakyat Palestin dikenakan penindasan dan penganiayaan setiap hari. Malah hampir setiap hari ada yang terbunuh. Malah kehidupan mereka dibiarkan tertindas, terkepung dan dirampas harta benda mereka. Tiada kebebasan dan tiada jaminan keselamatan untuk rakyat Palestin yang diperintah Zionis.
Masyarakat dunia sebelum ini telah bangkit penentang rejim aparteid Afrika Selatan dengan melakukan pemboikotan ke atas negara tersebut sehinggalah rejim tersebut tumbang. Langkah yang sama perlu dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia sehinggalah rejim Zionis ini tumbang.
Marilah kita sebagai pengguna muslim menggunakan kuasa membeli pada kita untuk mengelak dari membeli produk dari syarikat yang membantu rejim aparteid zionis secara langsung atau tidak langsung.

Kekuatan yang paling menyegarkan jiwa ialah kesihatan, agama, tidur, muzik, serta ketawa. Percayalah kepada Tuhan, belajarlah tidur dengan puas, gemarilah muzik yang indah, lihatlah kehidupan dari sudut yang menyeronokkan. Maka kehidupan anda akan sihat dan bahagia.

Ingatlah...

Bila kita membenci musuh-musuh kita ini bererti kita memberikan kekuatan kepada mereka untuk menghancurkan kita sendiri, menghancurkan tidur kita, nafsu makan kita, tekanan darah kita, kesihatan kita, serta kebahagiaan kita. Musuh-musuh kita akan menari dengan gembira bila mengetahui mereka dapat membuat kita bimbang, kacau dan mereka dapat membalas dendam. Kebencian kita tidak akan melukakan hati mereka. Tetapi sebaliknya hasil kebencian kita itu boleh menutup sama sekali kebahagiaan kita. Dapat menghancurkan diri kita dan mengubah suasana, siang dan malam kita menjadi seperti neraka dunia.

Marilah kita berlapang dada daripada membenci musuh kita, lebih baik kita mengasihi mereka bersyukur kepada Tuhan bahawa kita tidak sama dengan mereka. daripada memupuk dendam kesumat dan membalas dendam kepada musuh kita,lebih baik kita memberi kefahaman kepada mereka, memberikan simpati, pertolongan, pengampunan, serta doa untuk mereka.
Janganlah cuba membalas dendam kepada musuh kita, sebab jika kita melakukannya kita akan lebih celaka dan lebih menderita daripada mereka. Janganlah kita mensia-siakan waktu satu minit pun untuk memikirkan orang yang tidak kita senangi.

Cantik Di Hati

Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan kerana merah kilauan lipstik pada bibir memekar senyuman kosmetik, tetapi pada keperibadian terpelihara kelembutan kesopanan menghiasi jiwa.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai hawa tidak kerana bijak meruntun iman kaum adam tetapi menjadi pembakar semangat perwira, menjadi tunjang perjuanagn syuhada.
Cantiknya wanita itu sebagai muslimah bukan kerana keindahan paras rupa sehingga menjadi igauan mata. Tetapi berpegang akidah soleha di sebalik tirai jiwa mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah, mengharap keredhaan dari-Nya.

my album

Saturday, February 7, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, February 5, 2009

RENUNGAN

wanita dipandang cantik pada wajah,
dikata penyejuk hati andai berbicara indah,
tapi kecantikan sebenar adalah terletak pada hati
hati yang memancarkan keindahan
dan hati juga yang menjernihkan wajah tampaknya indah

PANDUANKU

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics

KENALI KU...

Saya Nuur Suriyati Musthapar.Saya berasal dari negeri penyu bertelur,Terengganu.Saya dilahirkan tanggal 7 Januari 1986 di Besut, Terengganu.Sekarang saya menetap di Johor Bahru,Johor.Saya berumur 23 tahun dan masih lagi belajar di Kolej Teknologi Islam Antarabangsa,Melaka.Saya berada di semester ke-3 dalam Diploma Undang-Undang dan Syariah.Saya amat meminati bidang ini dan bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Saya seorang yang sangat simple dan berfikiran positif.Dan mempunyai daya usaha yang sangat tinggi dalam pelajaran. Walau apapun halangan mahupun rintangan yang datang,pelajaran tetap diutamakan.Kerana saya sedar tanpa ilmu yang tinggi,kita mudah ditindas dan diperkotak-katikkan oleh orang lain lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita.Jadi matlamat saya sekarang ialah untuk memenuhkan ilmu di dada dengan ilmu agama sebagai bekalan di akhirat nanti selain ilmu-ilmu duniawi sebagai panduan untuk melayari hidup di dunia yang penuh dengan pancaroba ini.Semoga Allah memberkati hidup ini dan memberi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Amin...