CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 21, 2009

Cantik Di Hati

Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan kerana merah kilauan lipstik pada bibir memekar senyuman kosmetik, tetapi pada keperibadian terpelihara kelembutan kesopanan menghiasi jiwa.
Cantiknya seorang wanita itu sebagai hawa tidak kerana bijak meruntun iman kaum adam tetapi menjadi pembakar semangat perwira, menjadi tunjang perjuanagn syuhada.
Cantiknya wanita itu sebagai muslimah bukan kerana keindahan paras rupa sehingga menjadi igauan mata. Tetapi berpegang akidah soleha di sebalik tirai jiwa mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah, mengharap keredhaan dari-Nya.

0 comments: