CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 5, 2009

KENALI KU...

Saya Nuur Suriyati Musthapar.Saya berasal dari negeri penyu bertelur,Terengganu.Saya dilahirkan tanggal 7 Januari 1986 di Besut, Terengganu.Sekarang saya menetap di Johor Bahru,Johor.Saya berumur 23 tahun dan masih lagi belajar di Kolej Teknologi Islam Antarabangsa,Melaka.Saya berada di semester ke-3 dalam Diploma Undang-Undang dan Syariah.Saya amat meminati bidang ini dan bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Saya seorang yang sangat simple dan berfikiran positif.Dan mempunyai daya usaha yang sangat tinggi dalam pelajaran. Walau apapun halangan mahupun rintangan yang datang,pelajaran tetap diutamakan.Kerana saya sedar tanpa ilmu yang tinggi,kita mudah ditindas dan diperkotak-katikkan oleh orang lain lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita.Jadi matlamat saya sekarang ialah untuk memenuhkan ilmu di dada dengan ilmu agama sebagai bekalan di akhirat nanti selain ilmu-ilmu duniawi sebagai panduan untuk melayari hidup di dunia yang penuh dengan pancaroba ini.Semoga Allah memberkati hidup ini dan memberi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Amin...

0 comments: