CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 21, 2009

Boikot Israel

Tiada keraguan lagi keperluan untuk memboikot rejim Zionis Israel. Sesiapa yang gagal melakukan pemboikotan ini maka mereka secara jelas membantu negara Zionis Israel dan penindasan yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin melalui bantuan ekonomi kepada negara Israel dan seterusnya memboleh rejim pengganas ini meneruskan penjajahah mereka.
Sepanjang 4 tahun intifada, lebih 4100 orang Palestin terbunuh dan lebih 50000 lagi cedera tidak mengira sama ada mereka orang tua, wanita atau kanak-kanak.
Rakyat Palestin dikenakan penindasan dan penganiayaan setiap hari. Malah hampir setiap hari ada yang terbunuh. Malah kehidupan mereka dibiarkan tertindas, terkepung dan dirampas harta benda mereka. Tiada kebebasan dan tiada jaminan keselamatan untuk rakyat Palestin yang diperintah Zionis.
Masyarakat dunia sebelum ini telah bangkit penentang rejim aparteid Afrika Selatan dengan melakukan pemboikotan ke atas negara tersebut sehinggalah rejim tersebut tumbang. Langkah yang sama perlu dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia sehinggalah rejim Zionis ini tumbang.
Marilah kita sebagai pengguna muslim menggunakan kuasa membeli pada kita untuk mengelak dari membeli produk dari syarikat yang membantu rejim aparteid zionis secara langsung atau tidak langsung.

0 comments: